Thursday, June 9, 2011

biskut marie

assalamualaikum .

tiba tiba nak cakap pasal biskut marie . kenapa ? sebab saya baru lepas makan biskut marie cecah dengan ice cream coklat . erk . pelik . taklah . bukannya biskut marie cecah kuah gulai pun . bukan biskut marie dip dengan kuah rojak buah pun . kat malaysia nih , biskut nih famous nak buat kek batik lah kan .

penah tengok rupa paras biskut marie tak nih ? alah yang bulat bulat tu . kalau tak tau jugak tak tau lah kan nak explain macam mana lagi . sebab nih antara simple biskut yang setanding jugak dengan biskut kering empat segi tu . nak cari biskut marie nih senang ja . semudah a b c d  e . pergi supermarket/ hypermarket then cari bungkusan biskut yang ada nama biskut marie . no worry . memang dia takkan letak nama lain lah . tak pasti boleh dapat kat night market tak .





dalam tengah tengah makan tu saya boleh terpikir kenapa biskut nih di beri nama biskut marie . kenapa tak namakan dia biskut anna ? biskut brad ? biskut justin ? biskut john ? ouh sudah sudah . habis semua nama nak rembat buat nama biskut . siapa lah marie nih kan . bertuah sungguh sampai nama dia diabadikan pada sejenis biskut yang ramai orang makan sampai sekarang .

sebabkan eager sangat nak tau . google lah kan , apa lagi . jangan main main . biskut marie nih famous dekat Portugal , Mexico , Australia , Pakistan , India , South Africa & Spain . punya lah international kan biskut nih . method paling popular sekali makan biskut nih mestilah cecah dengan teh panas ! nak makan dengan cara lain pun boleh . tak salah . tepuk perut tanya selera ! heh .



biskut marie dibuat oleh English bakery tapi nama dia bukan marie . nama dia Peek Freans . biskut nih lahir dalam tahun 1874 . kalau tak silap sebab nak menyambut perkahwinan Grand Duchess Maria Alexandrovna of Russia . so rasanya dari nama maria tu lah kowt datangnya ilham nak letak nama biskut tu marie .
 since then , biskut nih pun mencipta namanya di taraf dunia . erk .

Tuesday, June 7, 2011

n0riszl cic0: l0ve this

n0riszl cic0: l0ve this: "HyE~ 0ke nk citey psl boyfriend benda nie. tng0p larh benda niey~ kotak muzik~ chantek kn?? my favourite wah! love this. sumpah..."

ayat lawak dan makna

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata:
Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi:

- kereta abang kene tarik ke...?
- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.
- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"

Monday, June 6, 2011

MUTIARA KATA KU

Kejujuran adalah perhiasan jiwa yang lebih bercahaya daripada berlian Belajar tanpa berpikir tidak ada gunanya, sedangkan berpikir tanpa belajar adalah berbahaya. Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama. Keluhuran budi pekerti akan tampak pada ucapan dan tindakan. Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala. Ulurkan cintamu karena Tuhanmu dan tariklah cintamu karena Tuhanmu, anda tentu tak akankecewa. Cinta indah seperti bertepuk dua tangan, tak akan indah jika hanya sebelah saja. Naluri berbicara kita akan mencintai yang memuja kita, tetapi tidak selalu mencintai yang kitapuja. Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu makahidup akan tenteram. Seseorang yang oprimis akan melihat adanya kesempatan dalam setiap malapetaka, sedangkanorang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan. Ingatlah, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membencisesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjuk-Nya

Thursday, February 10, 2011

SIFAT ORANG YANG CEMERLANG

Semua ibu bapa mahukan anak mereka cemerlang dalam semua aspek kehidupan. Mereka mahu anak mereka cemerlang dalam pelajaran hingga berjaya menggondol semua atau straight A dalam peperiksaan.
Pada masa yang sama mereka mahu anak mereka cemerlang dalam akhlak, sahsiah dan perhubungan sesama manusia. Kalau boleh mereka juga mahu anak mereka cemerlang dalam sukan, persatuan, penguasaan bahasa kedua, IT, mengurus kehidupan dan kerjaya.
Yang perlu memikul beban ini ialah anda sendiri. Sebab itu anda harus bersedia mulai sekarang untuk menjadi cemerlang. Anda tidak semestinya memiliki bakat semula jadi yang terlalu tinggi seperti orang lain yang telah berjaya dengan cemerlang. Namun anda harus mulai menghayati sifat-sifat orang cemerlang.
Apakah kayu pengukur kecemerlangan menurut perspektif Islam? Bolehlah kita ambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti, keluarga, kerjaya, agama, sains, perubatan, ketamadunan, politik dan ekonomi.